Pada 20 dan 21 Mac 1971, Kongres Kerjasama Malaysia Kedua telah diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Perdana Menteri , Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak Hussein. Persidangan ini merupakan detik penting memuktamadkan penubuhan Angkatan Kerjasama Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA.