Program CSR CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok
ANGKASA komited menjayakan agenda kerajaan untuk menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025 sebagai salah satu usaha bagi membantu menangani pemanasan global dan perubahan iklim. Dalam usaha bagi menggerakkan program tersebut, ANGKASA menjalinkan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menjayakan Program CSR CoopCare Koperasi Prihatin Sejuta Pokok. Pelaksanaan program tersebut, yang menjadi antara simbolik sambutan ulang tahun ANGKASA yang ke-50 pada tahun ini membuktikan kesediaan ANGKASA untuk meneraju dan memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030.