Datuk Seri Dr. Hj. Abdul Fattah bin Hj. Abdullah (Jun 2013 - kini)

Datuk Seri Dr. Hj. Abdul Fattah bin Hj. Abdullah ialah seorang pesara Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Beliau memegang jawatab sebagai Presiden ANGKASA bermula Jun 2013 sehingga kini.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Universiti Putra Malaysia) dan Diploma Profesional Keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan (Universiti Malaya). Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga merupakan Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad dan Pengerusi Koperasi 1Malaysia Berhad. 

Di luar koperasi, beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Peniaga Kelapa Sawit Malaysia (MOPDA), Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Bekas Ahli Belia 4B Malaysia dan Yang Dipertua Dewan Persuratan Melayu Pahang Kawasan Lipis. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi FELCRA Niaga Sdn. Bhd bermula tahun 2007 sehingga Oktober 2018 serta pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan Sdn Bhd. dan Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Sundar Awat-Awat Sdn Bhd.

Di peringkat antarabangsa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memegang beberapa jawatan iaitu Naib Presiden Presiden International Cooperative Alliance - Asia and Pacific (ICA-AP), Presiden ASEAN Cooperative Organization, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP dan Pengerusi Ahli ICA-AP MBO Council.

Antara anugerah yang pernah diperolehi oleh beliau adalah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.), Pingat Penghargaan Tertinggi CUEPACS Malaysia - Bintang Jasa Terbilang CUEPACS pada tahun 2019, Anugerah Khas CUEPACS (2018) dan Cooperative Leadership Excellence - Malaysian Indian Entrepreneur.


Print